Friday, November 18, 2016

Blog Dah Bersawang

Hai,

Dah lama saya tinggalkan dunia blogging ni. tetib aarini terasa rindu mebuak-buak..cheewahhh. maklum la anak dah dua orang, kehidupan makin banyak yang perlu diuruskan. For those yang komen-komen berkaiatan produk mary kay tu, muka saya alhamdulillah dah kembali pulih sepenuhnya. tapi bukan menggunakan produk mary kay. sebab saya sacara jujurnya dah hilang rasa keyakinan dengan produk mary kay tu. So, i'm happy now...........



Monday, April 18, 2016

Geisha - Lumpuhkan Ingatanku

 Jangan sembunyi
Ku mohon padamu jangan sembunyi
Sembunyi dari apa yang terjadi
Tak seharusnya hatimu kau kunci

Bertanya, cobalah bertanya pada semua
Di sini ku coba untuk bertahan
Ungkapkan semua yang ku rasakan

Kau acuhkan aku
Kau diamkan aku
Kau tinggalkan aku

Lumpuhkanlah ingatanku
Hapuskan tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Jangan sembunyi
Ku mohon padamu jangan sembunyi
Sembunyi dari apa yang terjadi
Tak seharusnya hatimu kau kunci

Lumpuhkanlah ingatanku
Hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Lumpuhkanlah ingatanku
Hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia

Ku ingin ku lupakannya
Lumpuhkanlah ingatanku
Hapuskan tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Kau acuhkan aku, kau diamkan aku
Kau tinggalkan aku

Friday, November 7, 2014

Blogger Buat Duit Online



Apa tujuan korang menulis blog? Lain orang, lain alasan untuk berblog. Bergantung pada individu tu sendiri. Macam aku, tujuan awal aku berblog adalah sekadar coretan tentang hidup aku, dan cerita tentang anak kesayangan aku QIZ. Kalau boleh semua aku nak abadikan dalam blog ni, untuk tatapan masa akan datang. Tapi dari semasa ke semasa , aku lihat fungsi blog aku ni dah makin bertambah ikut keperluan semasa. Bukan sekadar tempat untuk aku coretkan cerita tentang pengarang jantung yang sorang tu aje. Bahkan aku siap boleh buat income dengan blog ni. Honestly ini bukanlah blog pertama aku. Dulu zaman-zaman belajar aku pernah ada blog. Atas sebab peribadi, aku dah tutup blog tu. Yang tinggal hanya blog ini sahaja.

Melalui pembacaan aku dari blog rakan-rakan blogger lain, aku makin dicelikkan dengan hakikat bahawasanya blogger mempunyai peluang yang cukup besar untuk menjana pendapatan melalui alam maya ni. Sikit-sikit aku mula belajar untuk praktikkan cara-cara buat duit secara online ni.


1. Pasang iklan dari syarikat pengiklanan

Cara ini merupakan cara buat duit yang paling famous dalam kalangan blogger. Boleh dikatakan hampir semua blogger yang aktif berblog akan pasang iklan dari syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Exabytes, AdSense, 8Share, ChurpChurp dan banyak lagi. Terpulang kepada diri sendiri la, nak pasang iklan yang mana satu. Untuk blog aku ni, aku pasang iklan Nuffnang je. Iklan ChurpChurp ada la jugak aku selit dalam entry sekali-sekala. Alhamdulillah, walaupun blog aku ni hanya blog picisan sahaja, tapi pihak Nuffnang masih bermurah hati kasi income dekat aku walaupun takde la banyak macam orang lain.


2. Berniaga

Aku merupakan dealer Ephyra yang sah. Selain promote Ephyra tu dekat Instagram & Facebook, aku juga manfaatkan blog ini untuk promote Ephyra sekali-sekala. Aku takde la nak asyik-asyik post entry promote bisnes je sebab risau jugak nanti readers naik fed up. Sometimes customer yang whatsapp aku untuk beli Ephyra ada mention yang dorang dapat  tahu melalui blog aku. See? Sangat efektif bukan? Oh ya, anak aku QIZ tu dah makin dewasa. Memandangkan dia satu-satunya anak kitorang, so dia agak dimewahkan dari segi pakaian, mainan, dan macam-macam la. Baju-baju dia tu banyak sangat sampai kadang-kadang ada yang baru pakai sekali tapi dah tak muat. Mainan dia pun dah banyak sangat sampai tak muat nak simpan kat rumah tu ha. So aku ingat later aku nak jual balik barang-barang dia yang conditionnya masih okay. Nak bagi ruang untuk baju-baju & mainan baru pulak. Hehe. Memang aku akan gunakan blog sebagai medium untuk jual barangan preloved QIZ tu.


3. Contest

Haaa...yang ni selalu ramai yang tak terfikir. Actually banyak sangat contest yang melibatkan para blogger. Banyak jugak contest yang menawarkan wang ringgit sebagai hadiah. Setakat ni aku pernah join satu contest [ Contest Kasih Ephyra ] , dan alhamdulillah aku menang tempat pertama yang menawarkan hadiah 6 kotak Trial Pack Ephyra dan wang tunai RM200. Sekarang pun aku tengah join satu contest yang turut menawarkan hadiah wang tunai disamping hadiah utama iPhone 5s. Cabaran iPhone 5s dianjurkan oleh pihak Denaihati. Moga-moga ada rezeki aku untuk menang. Haaaa, nampak tak betapa besarnya peluang blogger untuk buat duit secara online?


Selain daripada cara-cara yang aku nyatakan di atas, ada banyak lagi cara nak jana income secara online seperti buat review / entry berbayar, program affiliate, dan menyediakan tapak iklan di blog untuk disewa. Tapi setakat ni aku belum pernah cuba cara-cara tu lagi. Akan datang inshaAllah. Secara kesimpulannya memang banyak sangat cara yang seorang blogger boleh buat untuk jana duit secara online. Yang penting usaha dan jangan pernah putus asa. Kesungguhan tu yang penting. Sesetengah blogger buat blog sebab nak jana income macam blogger lain. Tapi bila rasa susah nak mencapai tahap seperti blogger yang dah otai, terus dorang give up dan abaikan blog tu. Itu namanya kurang kesungguhan dalam diri.


Moga-moga aku berjaya jadi salah sorang pemenang untuk contest iPhone 5s ni.


Penaja Utama
  1. http://amariman.com
Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip

Thursday, October 30, 2014

Rindu Itu Kembali

Bila hati tengah bersedih, terasa rindu kepada kehidupan lepas. Terasa ingin kembali kepada kehidupan 10 tahun yang lepas. Terasa nak ubah segala-gala nya.Terasa apa yang terjadi dulu walaupun pahit masih tetap buat hati rasa bahagia. Bila hati rasa down ada yang memujuk, ada yang memberi semangat, ada tempat untuk berkongsi segala resah hati.Ada jawapan kepada persoalan mengapa, kenapa dan bagaimana harus aku lupakan.Rindu kepada mereka-mereka yang pernah meminjamkan bahu untuk aku lepaskan segala-gala yg terbuku di hati.

Ya Allah, dekatkan kembali mereka kepada kehidupan realiti ku sekarang, agar aku sentiasa merasa betapa indah nya kehidupan ini.


Friday, October 24, 2014

Resepi Nasi Kerabu Simple


Beberapa minggu lepas En Husband request nak makan nasi kerabu air tangan isteri katanya. Nampak benar la isteri nya orang timur tapi tak pernah masak nasi kerabu. Fine! kita buatlah atas permintaan. Aku mintak resepi ni dengan ex-officemate.

 nasi kerabu yang wangi

 budu dan sewaktu dengan nya...

 timun dipotong halus juga. abaikan saiz besar gedabak potongan aku. haha..

 kubis pun potong halus-halus

bunga kantan dipotong halus! aku potong saiz besar-besar!failed di situ.haha..sila potong lagi halus okeyyyy..
 ulam-ulaman (kacang panjang + kacang botol dipotong halus, abaikan saiz besar potongan aku! hehe)

                                               kerabu nasi kerabu



                                            ikan celup tepung



                                             keropok keping


  sambal cili api

Alhamdulillah, sedap dan menepati citarasa aku sebagai orang timur nih. Adik-adik aku bertambah-tambah makan nya. Sedap kata nya. En suami pun kata ok. Lega sangat hati aku sebab 1st try dah menjadi camni. Tq pada sahabat aku yang memberi resepi yang pada aku sangat simple. Selama ni aku selalu cakap nasi kerabu susah nak buat la, ape la..macam-macam kan! Bila dah buat ehhh..senang je rupa nya. 

Aku share kan resepi nya sebagai rujukan untuk aku sendiri lepas-lepas ni. If terlupa ke apa kan. Untuk rujukan sahabat alam maya juga..=)


Bahan-bahan budu :
- 1 botol budu kecil
- 1 tangkai serai
- 1 bulatan gula melaka (orang kelantan panggil nise kerek)
- 5 helai daun limau nipis

Cara-cara:

Masukkan semua bahan-bahan di atas dan masak dengan api yang
kecil sehingga gula melaka cair.

Bahan-bahan sambal ikan
- setengah kilo ikan selayang/kembung/sardin
- 1 keping asam keping
- secubit garam
- secubit gula
- separuh kelapa parut (parutan putih sahaja)
- 8 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 tangkai serai
- sedikit gula melaka
- sesudu kecil lada hitam
- 1 biji bawang besar

Cara-cara : 

  • goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga kekuning-kuningan. 
  •  rebus ikan tersebut bersama secubit garam dan masukkan sekeping asam keping.selepas siap direbus, asingkan isi dan tulang.
  • tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, gula melaka, serai    sehingga lumat...jgn lumat sgt....pastu baru masukkan ikan rebus tadi..tumbuk bersama.
  • gabungkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi di dalam kuali bersama dengan kelapa yang telah digoreng...masukkan secubit garam, secubit gula dan sebatikan mereka.
  • mayang bawang besar bulat2...taburkan di atas sambal ikan yang telah siap

3-Bahan-bahan nasi kerabu biru (untuk 6 orang)
- 4 cup beras  
- setitik pewarna biru
- 2 tangkai serai
- 5 helai daun limau nipis





Cara-cara :

basuh beras tersebut. masukkan air secukupnya. masukkan pewarna, serai dan juga daun limau nipis. Masak mcm biasa...

Bahan-bahan kerabu
- 3 tangkai kacang panjang
- 2 tangkai kacang botol
- kubis
- timun batang
- sebatang bunga kantan

Cara-cara: 

hiris halus-halus semua bahan di atas

Sambal cili padi
- 5 biji cili
- cuka/limau nipis
- garam
- gula

Cara-cara: 

kisar semuanya dan perasakan dengan gula dan garam...







SIAP!! SELAMAT MENCUBA!!


Later aku share kan resepi ikan celup tepung yang rangup tu..~~~~~