Monday, December 30, 2013

Preloved Baby Legging / Busha

Actually, aku sayang sangat-sangat ngan legging qiz ni. semua comel-comel & aku yang pilih sendiri. Tapi memandangkan qiz pun dah tak muat..aku dah let go ngan harga murah je. condition masih tip top since qiz hanya guna time tidur malam je.

Alhamdulillah..semua dah terjual.

Menang Contest Kasih Ephyra Phase 1

Alhamdulillah..
Terpilih..dan hadiah nye dah sampai pun. cuma sedikit kecewa..kata nye premium pack yang ade 30 sachet...tapi yang dapat nye 3 kotak trial set..hurmm...walaupun jumlah nye sama..tapi sedikit kecewa tak dapat kotak yang premium tu..comel kan kotak tu.takpe la..mungkin pihak oceanlife dah xde stok..

ape pun tak sabar nak meneruskan cabaran 30 hari bersama ephyra!

TQ @ephyra2u dan @oceanlife2u

Published with Blogger-droid v2.0.10

Anakanda Mama Demam

Qaseh Izz Zara (qiz). Dalam blog ni aku akan guna kan singkatan nama qiz yang merujuk kepada anakanda tersayang.

rentetan peristiwa qiz demam..

khamis, aku hantar qiz ke rumah babysitter macam biasa. on that day..qiz baik sangat-sangat.Dalam carseat boleh duduk diam je.Aku happy je sebab sebelum ni mmg meragam je xnak duduk. siap aku kena drive sambil kendong dia. anak mama dah besar.masa tu terdetik dalam hati aku.."Alhamdulillah..qiz dah mula faham mama mungkin". Sampai kat opis..my sis gtalk bgtau knape qiz merengek lain mcm.tido pun atas dukung my sis sebelum my sis g keje. aku ingat saje la dia ngade ke ape kan..since slalu nye kalau aku takde memang keje nye menempel ngan cikmie dia la. so, aku bajet saje dia ngade2 since qiz memang tak pernah demam sejak dia lahir sehingga la umur nak masuk 9 bulan. Balik keje terus ambik qiz..then masa tu dah perasan...eh..nape panas sangat ni badan qiz. tanye babysitter qiz...dia ckp..'aah..mmg panas sikit badan arini'. aku tanye suhu cek x? dia ckp tak cek...hurmm..dalam hati aku dah rasa geram gak..termometer mmg dah bekal siap2..suruh cek suhu tapi nape tak digunakan.tapi aku diam jela..malas nak ckp byk..terus bwk qiz balik.

qiz ni satu je mslh dia..kalau demam sikit2 masih aktif..makan pun selera je.jadi memang susah la nak tau dia demam ke tak. malam tu qiz takde meragam ke ape..tido lena je.

jumaat, aku bangun pagi siap2 nak g keje.qiz tido lena lagi. masa tu aku perasan bdn dia panas. dalam 6.30 pagi camtu qiz dah start merengek.taknak berpisah. uhaai..sah..demam ni. terus decide nak bwk qiz g klinik az zahrah. aku sms bos ckp EL anak demam, then sms anak buah ckp x masuk opis arini ( anak tak sihat).


Pukul 8.30 am camtu dah sampai az zahrah. tapi orang ramai sangat2. qiz duk merengek je..tapi takde diberi priority pun. tunggu lame..end up pukul 12 baru masuk bilik doktor. pasty doktor pulak..cakap gtu2 je..cek suhu 39.4. terus kategori demam panas. Later aku akan story pasal doktor ye. part ni aku skip dulu. doktor masuk ubat ikot punggung.qiz memang melalak la. pilu hati tengok dia nangis camtu. 

after solat jumaat, terus gerak balik taiping. hubby rindu sangat kat kampung kata nye. Balik kejap pun jadi la. sebagai isteri kena la ikot walaupun dalam hati risau kan qiz yang ngah demam. risau suhu naik ke kan. dalam kete qiz tido lena je..ingat kan dah surut la demam. skali dah sampai taiping.. mlm tu suhu naik tinggi. cecah 40 °
C. Aku duk lap badan qiz. memang tak tido sangat la.duk risau kan qiz. bubur tok buat pun dia tak nak makan. lagi la merisaukan.

sabtu malam, bawak g klinik kat taiping. sbb suhu dah naik.tapi jawapan sama je.jawapan standard. jadi kami decide tiap kali suhu naik...masuk je ubat ikot punggung qiz. nampak perubahan suhu turun.tapi bila ubat tu dah abis dos nye..suhu naik lagi. uhaaai..risau ok. papa qiz ckp..ahad nanti balik kl awal and terus g az zahrah..sebab suhu dah cecah 42. 


Ahad, sampai kl pukul 1 tengah hari terus g az zahrah. pukul 3 baru dapat turn. suhu tinggi boleh doktor ckp..lupe bagi antibiotic aritu. aku dah mcm...hoii..ko doktor kot..boleh main lupe2..jadi pape kat anak aku..siapa nak jwb! pastu suhu tinggi pun..masih ding dong gitu je. suruh tunggu lagi 2 hari.. kalau tak ok jugak..baru nak tahan wad. semua kwn2 aku duk sms risau...suruh bwk g gov nye hospital. diorg ckp private mmg camtu. hubby kata tunggu la 2 ari lg..hopefully makin better sebab seboleh2 nye tak nak qiz masuk wad.tak sanggup tgk dia kena masuk air.kena cucuk. 


Semoga Qiz cepat baik. 
Papa dah janji kalau cepat baik nak bawa g aquaria .

Thursday, December 12, 2013

Contest Kasih Ephyra ~ Phase 1

Aku ni memang dah lama baca blog kak Filla ni, since dari 2011 lagi. Pagi-pagi sampai ofis mesti nak jugak baca blog Kak Filla.  
Suka baca gelagat Acih,Ani ngan Leecha..
Now, Kak Filla ada buat Contest Kasih Ephyra ~ Phase 1 . Terus excited tahap dewa. Harus menjoinkan diri, lagipun step nye simple je.







Berbalik kepada tajuk utama kenapa aku nak sangat join contest ni. Ni adalah contest pertama yang aku join kerana :

1. Pengeluar Ephyra ni adalah Oceanlife. Oceanlife ni memang satu-satu company yangmenawarkan semua wanita dan lelaki di seluruh dunia inovasi kecantikan yang terbaik dari segi kualiti, efikasi dan keselamatan.Produk yang dikeluarkan bukan sahaja untuk kecantikan semata-mata, malah juga baik untuk kesihatan dalaman. Tak percaya?? boleh lihat berapa banyak testimonial pengguna yang amat berpuas hati dengan hasil Ephyra ni.


Testimonial daripada pengguna penghidap Arthritis

Kepada sesiapa yang belum tahu lagi tentang Ephyra ni, kat sini aku highlight kan, siapa yang perlu makan Ephyra ni. Semua golongan boleh ambik Ephyra ni tak kira lelaki atau perempuan!

Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?
  • Umur 25 dan ke atas
  • Kulit Kering & kedut
  • Kulit kusam & kendur
  • Pigmentasi dan kulit bermasalah (jerawat)
  • Proses Pemulihan lambat
  • Mudah Rasa Penat
  • Daya Ingatan Merosot
  • Sakit-sakit badan / sendi
  • Metabolisma rendah

2. Nak sangat jadi cantik macam owner Ephyra, Kak Amiza. Kulit gebu, cantik, glowing dan flawless je aku tengok.Siapa yang tak nak cantik kan. Semua orang nak cantik.


Tengok la gambar-gambar kat bawah ni berapa ramai yang berpuas hati dengan kesan cepat Ephyra ni. Bercakap tentang kesan cepat atau lambat ni, memang banyak produk yang boleh bagi kesan cepat tapi itu semua dengan bantuan bahan-bahan chemical! Tapi Ephyra terbukti tanpa bahan kimia yang merbahaya kan kesihatan, mendapat kelulusan KKM yang pastinya. Korang boleh tengok testimonial kat bawah ni..superbbb sangat kan???  Banyak lagi testimonial dari pengguna Ephyra ni, korang boleh google OK, tak larat nak copy paste sebab banyak sgt pengguna yang puas hati dengan kesan Ephyra setakat ini. Dan aku tak jumpe lagi pengguna yang tak puas hati ngan Ephyra, itu yang buat aku lagi berkobar-kobar nak dapatkan Ephyra untuk menyahut cabaran 30 hari bersama Ephyra ni.





 
Khasiat dan keistimewaannya

1.Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri

2.Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh

3..Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat

4. Membantu memulihkan masalah kulit eczema

5..Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus

6.“Astaxanthin” menghindari daripada barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit

7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban ,Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar

8 .Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu   makan

9.Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhi risiko sakit jantung

10.Membantu menyeimbangkan tekanan darah

11.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan

12. Meningkatkan sistem ketahanan badan.

13.Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakkan termasuk faktor usia

14. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis

15. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik dalam perut.
Korang nampak tak khasiat Ephyra ni, semakin meningkat usia kita semakin kurang kollagen dalam tubuh badan kita. Dan apabila penghasilan kollagen tu makin berkurang, korang tau ape effect nye pada sistem badan kita?? Effect dia yang paling ketara kulit akan mula berkedut atau lebih sopan lagi kurang anjal. Jadi dengan Ephyra ni boleh membantu mengurangkan proses penuaan korang.Korang nak ker orang cakap "Tua Sebelum Usia"??? Haaaa..mesti tak nak kan...so, sape2 yang rasa kulit dah makin anjal..boleh cuba Ephyra ni. 
Untuk lebih tau tentang kandungan dalam Ephyra ni korang boleh pergi kat page kak Filla yang ni, kat sini dia dah explain, aku malas dah copy benda yang sama yang memang dah sah-sah mempunyai khasiat yang superbbb.


3. Aku ade anak yang berusia 8 bulan, yang masih menyusu badan lagi. Aku banyak baca testimonial yang cakap kulit anak makin cantik, gebu bila ibu minum Ephyra ni.Of course la aku sukeee..ibu mane yang tak nak tengok kulit anak dia cantik kan..kan.. Kira 2 in 1 la, mama cantik anak gebuu..

Lagi satu aku sukaa sangat ngan Ephyra ni sebab rasa dia yang ala-ala jus ni..sedap, boleh diterima tekak aku. Siyess sedappp..nak lagi sedap boleh bancuh ngan mane2 jus..penyediaan yang sangat mudah dan praktikal. 

SHAKE & TAKE


Testimonial ni aku ambik daripada salah seorang pengguna Ephyra

4. Dari pengalaman sendiri, aku dah pernah try macam-macam produk kecantikan yang semua nye menjanjikan kecantikan, tapi semua tak menjadi.Akhirnya aku sendiri yang hampa. Dari segala produk murah hingga mahal aku dah cuba..tapi semua takde kesan pun sepanjang pengambilan selama 3-4 bulan. Tapi dengan Ephyra memang superbb. Aku respect Oceanlife sebab keluarkan produk ni. Aku pernah try Ephyra yang trial set, beli masa Halfest kat The mines. Dalam tu ade 10 sachet sahaja.untuk 10 hari penggunaan. Nak tengok hasilnya..???




tumit kaki aku yang selalu kering dan merekah dah makin pulih oii.. 
eksaited okee.. ini baru 10 hari pengunaan sahaja. Selain dari tu, dalam masa 10 hari tu, aku noticed that dari segi energy mmg syokkk. takde rasa ngantuk langsung even aku berjaga malam jagi si kecik. Rasa lapar?? takde langsung..mula-mula pelik jugak, ehh..nape takde rasa lapar...then my sis cakap.."kesan ephyra kot". Masa tu baru aku noticed yang Ephyra ni byk memberi kesan kepada aku walaupun dalam masa 10 hari je. One more things, susu aku bertambah. Kenapa aku cakap bertambah?? korang boleh imagine tak, aku tak breakfast, tak lunch semasa di opis..tapi hasil susu still memberangsangkan seperti biase. Yang tu memang sangat2 tak dinafikan. Gud Job Ephyra.


So, itula sebab nye kenapa aku nak sangat-sangat cuba Ephyra untuk 30 hari, nak sangat-sangat sahut cabaran 30 hari bersama Ephyra. Aku nak sangat merasai kelebihan Ephyra dengan lebih jauh. 


Sape2 yang berminat nak cuba Ephyra ni boleh la contact Oceanlife. Aku tak mampu nak jual...ehehe..aku mampu jual tudung-tudung je. Lain la kalau Ephyra nak supply Ephyra untuk aku jual. Memang seronok laaa...Yela, barang baik, kualiti baik, siapa tak nak jual kan. Harga sekotak RM197. Teringin sangat nak jadi Dealer Ephyra ni, tapi for sure modal tinggi, tak mampu la iollss.


email
info@oceanlife2u.com
















Tuesday, December 10, 2013

Baby Sale at CMC Giant Connaught by Childhood Basic Marketing



Uolls boleh refer banner kat bawah untuk lebih lanjut brand-brand yang terlibat.Mostly mmg semua best2 la. Kalau kaya memang rasa semua nak beli..ekekeke..
warehouse ni berlangsung selama 3 hari, jumaat, sabtu, ahad. Biase nya diorang akan buat warehouse ni pada minggu pertama atau kedua bulan Jun & Disember.

Mula-mula tu frust jugak la, since buat hari jumaat..iolss kerja. Pujuk-pujuk papa kot2 ade barang murah boleh la g kan.Tapi papa cakap keperluan Qaseh dah cukup. Mama redha jela.lagipun mama memang kerja arini.Takpe la sayang mama, next time kita g ye. Ikut kan hati memang nak apply cuti terus. :p



Tiba-tiba dalam pukul 11 am camtu papa call cakap nak beli ape? iollss macam..eh..eh...excited walaupun tak dapat g atleast papa g jugak jenguk warehouse ni. papa cakap murah-murah tapi sayang nye bumboo seat dah clear. abis terus since papa pergi lambat.Takpe la, takde rezeki. Papa cakap semua org dah beli dulu, harga x silap dalam RM80 camtu.Tapi ade la jugak barang yang papa beli special for her beloved daughter =)

Hasil hari pertama papa g (Jumaat), hanya beli 4 barang

                                               1. Fisher-Price Little People
                                               2. Teddy Bear Brand Taggies
                                               3.Tiny Touch Tablet Brand Vtech
                                               4. Kipas Brand Little Bean

ini dia hadiah untuk anak mama (4 items = RM100)


 Fisher-Price Little People 
Harga Asal : RM169.90
Harga Promosi : RM50

Brand Taggies
Harga Asal : RM69.90
Harga Promosi : RM10



 Brand : Vtech
Harga Asal :RM119.90
Harga Promosi : RM25

Hari kedua (Sabtu) , papa bermurah hati bawak mama pergi lagi sekali untuk tengok keadaan warehouse itu. Padahal papa pun tak puas hati sebab x puas membeli.hehehe.Hari kedua pergi lagi, awal-awal lagi dah pergi. Masa ni tak ramai orang lagi. Jadi tengok2 je ape yang patut, barang dah banyak habis. Mama just beli dua benda je untuk Qaseh, dua-dua toys brand Vtech. 

Bola ni boleh bunyi-bunyi bila tekan.Qase memang suka sgt2 la. Tapi bola ni agak berat sikit la untuk baby yang kecik macam Qaseh.


 

 Brand : Vtech
Harga Asal : RM99.90
Harga Promosi : RM30


Robot comel ni nama nya Kidiminiz.Interactive toys untuk kanak-kanak usia 3 tahun ke atas.Qaseh baru je 8 bulan, tapi takpe..sebab murah kita beli je dulu. boleh simpan bila qaseh dah besar nanti. Kidiminiz ni best sangat uolls, boleh cakap-cakap, boleh berkawan sesama dia, boleh menari, mintak kita suap makanan la. Qaseh memang suke je tgk robot ni cakap-cakap..bukan main ralit lagi dia.


 Brand : Vtech
Harga Asal : RM149.90
Harga Promosi : RM20




 




 Kidiminiz boleh change face expression


 boleh jadi jam loceng, play together


 Bila lapar dia akan mintaak makanan




                                                       1.Movement Sensor
                                                        2.Paw Buttons
                                                        3.Sound Sensor
                                                        4.Moving Paws

Hari Ketiga pun kami pergi lagi! Hahahaha...pecah rekod. kali ni g just ambik 5 ekor robot kidiminiz untuk anak sedara yang lain.yela, masa beli aritu x tau yang robot ni sangat best. dan memang best pun! tapi design dah banyak takde. yang tinggal hanya la design kucing.So, beli jela 5 ekor lagi.





 CarSeat Little Bean ni diorg jual RM250 kat sini. Harga asal RM399 tak silap mama.boleh cek website diorg. Mama tak beli sebab qaseh dah ade dia punye


Walker ni diorg jual RM100 sahaja.Mostly walker kat sini mmg dijual dengan harga RM100. Paling mahal pun RM130.Jadi rugi la siapa-siapa tak g warehhouse sale ni.

Banyak benda-benda murah kat sini. Tapi tak sempat nak snap gambar since sambil2 kendong si  kecik tu yang x reti duk diam.asal tgk mainan je, tak berkelip dia.Ok la, next mama update lagi pasal next aktiviti.










Monday, November 18, 2013

IBEX International Baby Expo 15-17 November 2013 KLCC

Mama memang suka kalau ade baby expo kat mane-mane. For sure mesti ajak papa pergi. Nasib baik la papa Qaseh tak kerja tiap kali ade expo baby. Last week mama ade pergi IBEX International Baby Expo KLCC. Kata nya international tapi mostly mama tgk come from Malaysia. Adela beberapa booth from Korea, China, Taiwan kalau x silap mama.

Pagi-pagi dah kejutkan si kecik untuk mandi & bersiap-siap, then rushing for breakfast. After breakfast we all gerak to klcc, yela..x nak la bersesak-sesak, better pergi awal. Dapat parking dekat! Yang tu yang best. Sampai klcc dlm pukul 9 camtu, terawal sampai pulak. takpe..jalan2 dlu kat taman klcc bawak anak maja mama si Qaseh berjalan-jalan di taman klcc sementara menunggu hall bukak. Kali ni expo berlangsung di hall 4 & 5. Tepat 10.30 am, kami bergerak untuk ke hall. Kena register dulu kat kaunter pendaftaran. Masa register tu akan dapat goodies bag.


Banner IBEX International Baby Expo 2013

Oh ye, ape ade dalam goodies bag tu? Mcm-mcm ade. Kali ni goodies sponsor daripada Dumex, which is semua orang akan dapat susu Mamil 500 gram seperti dalam gambar kat bawah.

 Dumex Mamil ni dapat dalm goodies bag tu, malang nye untuk kanak-kanak umur 4-6 tahun. tak dapat ka Qaseh merasa. takpe, boleh bagi kat sape2 yang mmg minum susu ni





Yang ni pun ade jugak, Pureen Antibacterial Wipes

Mama datang cni sebab ade booth little bean, ngan cerelac. Itu mmg tujuan asal, nak mencari walker untuk si kecik mama ni. Niat di hati nak beli walker little bean yang boleh pusing2 360 darjah tu. Malang nye masa expo model tu xde. Jadi xde beli pape dekat booth little bean. Just dapat free pemegang puting seperti gambar kat bawah sbb register & like diorg punye page. Barang free, mama ambik jela, padahal anak mama x guna puting pun.
Comel kan? ehehehe

After that, terus kami pergi ke booth Cerelac. Qaseh memang makan cerelac sejak umur 6 bulan lg. Bukan xde bagi bubur nasi, ade buat..tapi si kecik tu x nak mkn sgt. xtau la kot2 mama buat bubur x sesedap cerelac tu..hoho...end up, mama mengalah..bagi jela cerelac tu, dah mmg nmpk Qaseh suke.

Harga cerelac RM10 sekotak untuk perisa biasa, but untu perisa Yogurt RM11.Beli sekotak cerelac akan dapat free cawan / mangkuk cerelac seperti di bawah



Beli RM 50 ke atas dapat free satu beg comel untuk si kecik

Comel je beg ni, ade 4 design actually, color biru, purple, pink & kuning. Qaseh dah byk sgt barang color pink, that's why mama pilih yang purple aje.

Lepas dah siap beli semua yang wajib dalam list, baru mama survey pampers Qaseh. Actually Qaseh jenis kulit yang very sensitif, so..agak memilih & pening la mama & papa nak tukar pampers. Dari kecik Qaseh dah serasi ngan PetPet. Tapi sejak dua menjak ni, ruam naik lagi, xtau la either PetPet dah x serasi ngan kulit Qaseh @ kualiti PetPet dah downgrade.Kat expo ni, Whopee ade sale RM25 satu pack, beli dua RM50 + dapat t-shirt sehelai. Ikot hati mama mmg nak beli dah..since ra,ai review cakap bagus. But papa mmg sgt cerewet, x nak beli lg..suruh mintak sample & try dlu. End up mama mengalah jela, jadi x beli pape pampers pun. Just mintak sample utk Qaseh try dlu.


Ni sample Whoopee yang mama dapat & jugak Joy Links ( belum ade di pasaran Malaysia lagi katanye)
So, wait n see cmne hasil nye..=)

Untuk detail boleh g http://www.ibex.com.my

Kredit pic to Emi (my sister)