Friday, February 28, 2014

Throwback : Kronologi Susu Formula Anakanda Qiz

Pejam celik pejam celik sekejap je aku rasa masa berlalu. Masih teringat lagi macam mana tekanan nya suatu ketika dulu. Baru melahirkan anak pertama, banyak benda yang perlu aku belajar. Qiz pun dah nak masuk usia setahun. Alhamdulillah, 05 March 2014 genap usia Qiz 11 bulan. Bila ingat-ingat semula, banyak benda yang mengajar aku untuk jadi lebih kuat.

Qiz lahir pada 05 April 2013. alhamdulillah sepanjang 2 bulan berpantang bersama, Qiz memang bukan jenis yang banyak masalah. Takde nangis-nangis macam sesetengah baby. She's very good baby. Aku boleh tidur lena je, kalau pun dia nangis just merengek nak susu. Alhamdulillah tak susah nak menjaga si kecik ni. Sehingga lahh....

15 Jun 2013

Memang sampai sekarang aku masih lagi ingat, kami balik rumah mertua hari ini. start sampai depan rumah lebih kurang pukul 12 tgh hari camtu. aku dah rasa pelik yang amat-amat sangat. Sebab menangis nya yang tak lekat nak dukung..meraung2. Abis satu rumah MIL kecoh..pakat ambil kipas la, ingat si Qiz ni panas ke ape kan. Bagi susu tak nak, pendek kata semua pun tak nak la. Sampai la dia penat, berhenti nangis then tertidur dengan sendiri nya. Aku masa tu cool lagi, ingat baby meragam sebab penat ke kan. Alhamdulillah, malam tu Qiz ok, nak menyusu tapi nampak la badan nye lesu je. 

16 Jun 2013

Aku bertolak balik lepas Asar ke KL. Masuk-masuk kereta je, Qiz dah merengek nangis. Mula tu ingat bagi susu dia ok la..sekali sepanjang jalan nangis melalak2 tak berhenti. Aku dah pening tatau nak buat ape, hubby terus berhenti kat satu masjid ni. Bawa masuk masjid pun still nangis juga. Isnin aku dah keje, kami terus decide untuk patah balik semula rumah MIL. memang tak berani la nak balik KL kalau keadaan nangis nye berterusan camtu. Patah balik then decide Isnin pagi baru balik KL, mintak ngan bos untuk masuk kerja lambat @  EL.

Malam tu pun dia sambung nangis lagi. Elok lepas Asar je, dia start nangis..bagi susu badan tak nak, MIL suruh bagi susu botol pun tak nak..keep on crying. Aku ni jenis lemah semangat, anak nangis...dengan aku sekali pun nangis..petang tu saje, Qiz nangis non-stop selama 4 jam..ibu mana yang tak cuak kan. Sampai lepas Isyak Qiz letih, then tertido sendiri tanpa minum susu. Sedih sangat-sangat masa tu. Call mak ayah kat kampung.Mak aku bebel sebab bawa anak kecik jalan jauh tanpa dia ada sekali. Huhu..masa tu memang rasa bersalah sangat-sangat.Macam-macam ubat dah aku sapu kat perut, takut la dia kembung perut ke ape kan. Semua tak berkesan.

17 Jun 2013

Kami gerak balik KL, alhamdulillah nampak Qiz dah ok..sepanjang jalan dia tidur lena je. Lega hati aku dan suami masa tu. Sampai KL lebih kurang pukul 12 tengah hari, terus hantar Qiz ke rumah pengasuh sebab aku dan suami kerja. Elok je aku undur kereta nak pergi kerja, babysitter panggil bagitau Qiz melalak lagi. Terus aku call en suami suruh patah semula, then aku call bos cakap tak masuk kerja. Bermula dari hari ni la, kami bawa Qiz pergi Darul Syifa'. Masa kat situ orang ramai sangat-sangat, seorang ustazah yang tolong tengok kan Qiz. Masa kat tangan ustazah tu Qiz melalak2 tak berhenti. Berbekalkan air yang diberi aku gunakan untuk Qiz mandi 3 hari berturut-turut selepas Asar. Progress masih sama, nangis on-off, tidur malam memang tak produktif langsung. 2 minggu aku tak masuk pejabat ( dengan izin bos), memang rutin harian menjaga Qiz.

Hari-Hari Seterusnya...

Sampai terdetik dalam hati aku untuk berhenti kerja. Tapi husband tak bagi, dia cakap wait and see dulu macam mana, nak cari kerja bukan senang sekarang ni.Husband suggest mintak cuti tanpa gaji, alhamdulillah, aku apply cuti sebulan tanpa gaji dulu untuk tengok progress Qiz. Sykur sangat-sangat dapat bos yang memahami.

Bermula la kehidupan aku dengan Qiz, atas permintaan MIL & Mak Ayah aku sendiri, kami bawa Qiz balik berubat di kampung. Dengan ustaz kat kampung, macam-macam pendapat yang diberi. Bermacam-macam klinik kami pergi. End up, aku dan suami pergi HUKM jumpa seorang doktor pakar. Dari situ pandangan kami dah berubah. Doktor tu tanya, ada bagi susu formula @ tak? Masa tu Qiz usia nya baru 3 bulan ++. Aku cakap ada, then doktor tu explain la..bla..bla..bla...

Antara point utama :

- Baby usia 6 bulan ke bawah tak disarankan bagi susu formula. Yang ni aku akui sendiri, memang niat aku nak fully breastfeed tapi bila melibatkan orang tua..since diorg asyik suruh kita bagi susu formula..demi menjaga hati..kita sebagai anak..patuh pada arahan.
- Qiz tergolong dalam kategori baby COLIC, dan cara mengatasi baby COLIC
-etc

Aku ada sebab aku sendiri kenapa bagi susu formula pada Qiz, dan sebab nya biar la aku dan suami je yang tahu. Semua orang ada sebab, dan semua orang tahu susu ibu je yang terbaik di dunia. Dalam kes aku ni..biarlah kami-kami je yang tahu..kalau nak cerita pun buat sedih orang je kan..=)

Masa Qiz lahir, en suami belikan susu Anmum, bila tanya..dia cakap sebab hanya susu tu je yang dia tau untuk baby..hahahaa...

Qiz nampak serasi je dengan susu ni, elok abis sekotak kecil, hubby terus beli yang dalam tin terus. .


Tapi sayang nya..baru beberapa sudu guna qiz sembelit yang sampai menagis-nangis.Masa tu rasa kesal jugak sebab dah elok2 guna anmum, tukar sesuka hati je kan. Kami pun google review tentang susu bayi. Ada yang suggestkan ambik yang lactose free.. jadi next kami beli enfalac yang lactose free..


Masih jugak tak serasi, Qiz asyik kentut banyak je..perut kembung je, then membuang dengan kerap.Kami try google then google lagi..end up jumpe susu karihome. Susu kambing! sebab ramai yang suggest maybe Qiz alah dengan susu lembu. OK, lets try...

minum botol pertama alhamdulillah, Qiz suka, pastu macam tak cukup je, terus aku bancuh lagi sebotol. Sekali qiz nangis..macam perut tak selesa, nak membuang..sekali..terus berak cair yang keluar air..abis tilam. Sambil nangis sambil membuang. Terus blacklist, maybe perut Qiz tak tahan sebab susu kambing kan panas. Masa tu dah abis idea dah nk bagi susu ape. Google je kerja kami..
Ada orang cadangkan untuk try susu brand yang harga lebih murah. Then kami decide untuk try frisolac selepas google review

 

Tapi hasilnya kurang memuaskan. Qiz tolak-tolak je ngan lidah..langsung tak nak minum. Pening kepala masa tu, Next kami tular kepada Novalac AC pulak. Kata nya untuk baby colic, jadi kami cuba ajela...dah la susu ni bukan main susah lagi nak jumpa. Yang ada nya hanya la di sesetengah pasaraya/ farmasi je. After guna susu this, masalah masih jugak tak selesai. 


Masa duduk google review ada terbaca tentang susu homeopati Dr.Azizan, Biolac.So, mencari-cari la kami dealer yang jual susu Biolac ni.Jumpa kat PKNS Bangi, terus beli..dan alhamdulillah, Qiz serasi ngan susu ni, nak membuang pun OK jer..Jadi kami proceed je dengan susu Biolac ni.


Tapi abis je 2 bungkus, Qiz dah buat hal lagi. Cirit-birit yang sampai satu tahap 12 kali sehari berak. Ok, sedih..risau..abis melecet dia punye tu...Pening dah masa tu...hoho...discuss punya discuss kami try beli Susu Ilham.Susu ni beli masa Halfest dekat The Mines tu. Susu ni sedap sangat-sangat, aku pun boleh minum. Dan Qiz minum laju je, nampak dia suka..Alhamdullillah..


Sehingga la kotak ke-3, Qiz dah mula sembelit, pastu kadang-kadang cirit birit lagi. Masa tu aku ingat baby nak beralih bulan. Tapi tak kan la sampai 2 minggu ++ kan. Aku teringat ade sorang doktor pernah cakap, keserasian antara baby ni kadang-kadang tak tentu. Kadang-kadang umur setahun, dah x nak susu itu..nak susu lain..hmmmm...

End up, en suami bagi cadangan untuk bagi Qiz susu Suffy Goat. Ye, susu kambing...aku fobia jugak sebab takut susu ni panas macam Karihome hari tu, malam tu pukul 10 malam dah kami mencari pengedar susu suffy ni, alhamdulillah jumpa kat Putrajaya. Kami try dulu sekotak..dan nampak ok, Qiz suka dan membuang pun ok, minum pun banyak. Sampai la sekarang..alhamdulillah...Qiz masih serasi dengan Suffy Goat. Berakhirnya pencarian susu yang sesuai untuk anakanda Qiz. Rumah dah macam kilang susu dah, macam-macam jenama susu yang ada. Sekarang dah takde dah..sebab dah bagi kat kawan-kawan/ saudara-mara.


p/s:- Kalau nampak tanda-tanda anak tak serasi dengan susu, cepat-cepat la tukar kepada susu lain, kesian kat baby...sekadar info & sharing..=)

Tuesday, February 18, 2014

Penat

Lately aku rasa penat lain macam je. asyik nak moody je dengan semua orang. Lagi-lagi bila si kecik qiz tu aktif memanjang je.tak bagi peluang langsung mama nak rehat.

sor far qiz dah nak masuk 11 bulan. dah start meniti dah. tapi dugaan nya..sepanjang masa je nak berdiri..nak memanjat. so, aku ni kena la bersedia kat belakang dia tak kasi dia jatuh. kalau aku pegang tangan..marah..bajet diri dah besar sgt.hoho..jatuh..nangis macam kena dera..

hopefully cepat2 la qiz boleh jalan. mama dah tak sabar ni..

Friday, February 7, 2014

Menang Tempat Pertama Contest Ephyra Phase 2

Alhamdulillah,

Baru dapat emel daripada pihak oceanlife yang kata aku menang tempat pertama. Seronoknya rasa, yela..siapa tak suka kan..

memang tak salah pilihan...ephyra memang hebat! aku tak akan berpaling tadah lagi. tq @ephyra2u!

Hopefully one day dapat jumpe face to face ngan kak amiza yang cun itu..