Monday, May 12, 2014

Lori Pertama

Ini lori pertama yang qaseg dapat. Papa belikan ketika sale di CMC giant. Seingat mama, waktu ni bulan Februari. Keterujaan qaseh buat mama dan papa terharu. Gembira hati seorang ibu dapat membuat anak nya tersenyum hanya mereka yang pernah menjadi ibu sahaja memahaminya.






Sunday, May 11, 2014

Kegemaran Qaseh

Setiap kali pergi mana-mana mama & papa pasti tak akan lupa kegemaran qaseh. Anak mama ni suka makan ayam goreng especially bahagian peha ayam! At least sebulan sekali mama & papa akan bawa qaseh keluar makan di luar. Mama nak qaseh tengok dunia luar juga. Belajar adab-adab bila makan di tempat umum..=) . Ini gelagat 14042014 yang lepas. saja mama publish kan untuk buat tatapan anak mama suatu hari nanti jika mama dah takde nanti. Bahagia hati mama ada anak sebaik qaseh dan suami seperti papa. Jarang susahkan mama.






















Saturday, May 10, 2014

Genap Satu Tahun

Alhamdulillah, majlis hari lahir qaseh berjalan lancar sangat-sangat. Semua yang mama rancangkan berjalan sempurna.Memang dari awal lagi mama dah cakap...mama tak nak qaseh tiup lilin atau nyayi-nyayi "Happy Birthday". Mama tak nak anak mama terikut dengan budaya barat. Sebab niat mama hanya nak ajak kawan-kawan makan memandangkan sejak mama kahwin dengan papa, mama belum pernah lagi buat 'House Warming'. 

So, rentetan dari itu ini la majlis pertama kali mama ajak ramai orang (melebihi 30 orang) dalam satu masa. Dulu pernah je ex classmate mama datang beraya, just buat simple-simple masak bihun sup je pun. Itu pun dalam 10 orang sahaja.

Malam kejadian birthday qaseh, ragam dah lain macam. Mungkin qaseh teringat mama ada tercakap "bila dah genap setahun, qaseh dah boleh belajar makan sendiri". Haha.. kesilapan mama menggunakan perkataan tersebut mama fikir. Apa jadi malam tu setelah semua tetamu pulang?? Ok..tak semua, kawan mama (aunty faza & uncle epi) ade menyaksikan adegan tersebut. Jeng..jeng..jeng................

Qaseh dah mengamuk-ngamuk nak makan sendiri Big Apple yang Pak Teh belikan. Puas mama pujuk, meraung-raung nak makan sendiri.End up mama give up, bagi qaseh makan sendiri.Gambar takde pula dalam simpanan mama sekarang.Nanti mama upload kemudian ye untuk tatapan anak mama bila dah besar nanti.

Keesokan harinya qaseh masih dengan aksi yang sama, nak makan kek.langsung tak nak mama suapkan.End up mama mengalah...its ok, maybe u want to learn something new like "how to eat as others people". 




Friday, May 9, 2014

Hari Lahir Qaseh Yang Pertama

05.04.2014 merupakan hari lahir qaseh yang pertama. Kalau qaseh nak tahu, satu tahun lepas qaseh dilahirkan pada jam 9.28 pagi alhamdulillah mama selamat melahirkan seorang puteri yang comel yang telah mama & papa putus kan sejak masih dalam kandungan lagi untuk menamakan puteri mama sebagai Qaseh Izz Zara. Untuk hari lahir qaseh yang pertama mama & papa dah decide nak buat makan-makan sedikit untuk buat anak mama happy. Mama faham qaseh sunyi kan sebab kat rumah babysitter pun qaseh seorang je.takde baby lain yang babysitter tu jaga. So, mama & papa decide untuk ajak family terdekat, ex ofismate mama, ofismate papa serta kenalan rapat mama & papa sahaja. So, yang mana kawan-kawan mama yang ada anak boleh la main ngan qaseh on that day.

mama & papa just buat simple-simple je. Niat hanya untuk gembirakan hati qaseh sempena hari lahir yang pertama ni. Semoga anak mama menjadi anak yang baik, sentiasa dirahmati Allah s.w.t.Amin.

Besday girl tido nyenyak sementara mama membuat dekorasi simple

 Besday girl selepas siap dimandikan..=)

Dekorasi hari lahir qaseh sebenar nya datang daripada idea cikmie. Cikmie yang beria nak tolong decorate kan untuk anak mama yang sorang ni. mama & papa ok aje. ada orang nak buatkan..So, dekorasi sempena hari lahir qaseh seperti dibawah ni semua cikmie buat tau.Nanti qaseh dah besar, qaseh boleh rujuk entry di blog mama ye. Papa tolong tiup belon. Mama tolong gantung belon je.








Untuk bahagian makanan pula, semua mama & papa sediakan sendiri kecuali roti jala (tempah), kek (tempah). Yang lain semua mama, papa & cikmie buat sama-sama sempena hari lahir qaseh tau. Bila dah besar nanti qaseh kena ingat pengorbanan orang-orang sekeliling qaseh tau..hihii..

Selamat Hari Lahir sayang mama. Semoga sentiasa menjadi anak yang baik dan disenangi semua orang.Doa mama sentiasa bersama anakanda dunia & akhirat.


 


















Antara hadiah yang sempat mama snap gambar nya sempena hari lahir qaseh yang dihadiahkan oleh uncle dan aunty semua.Semoga bila besar nanti qaseh sentiasa mendoakan kesejahteraan semua uncle-uncle dan aunty-aunty sekalian. Ada beberapa hadiah yang mama tak sempat snap.

















 On behalf of mama & papa, mama ucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir ke majlis kecil ini.Walaupun keadaan rumah smepit dan agak kurang selesa, semua yang dijemput hadir.Hanya beberapa orang yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.Terima kasih untuk doa serta ingatan sahabat semua buat anakanda mama. Semoga Allah s.w.t membalas jasa kalian. InsyaAllah.