Saturday, May 10, 2014

Genap Satu Tahun

Alhamdulillah, majlis hari lahir qaseh berjalan lancar sangat-sangat. Semua yang mama rancangkan berjalan sempurna.Memang dari awal lagi mama dah cakap...mama tak nak qaseh tiup lilin atau nyayi-nyayi "Happy Birthday". Mama tak nak anak mama terikut dengan budaya barat. Sebab niat mama hanya nak ajak kawan-kawan makan memandangkan sejak mama kahwin dengan papa, mama belum pernah lagi buat 'House Warming'. 

So, rentetan dari itu ini la majlis pertama kali mama ajak ramai orang (melebihi 30 orang) dalam satu masa. Dulu pernah je ex classmate mama datang beraya, just buat simple-simple masak bihun sup je pun. Itu pun dalam 10 orang sahaja.

Malam kejadian birthday qaseh, ragam dah lain macam. Mungkin qaseh teringat mama ada tercakap "bila dah genap setahun, qaseh dah boleh belajar makan sendiri". Haha.. kesilapan mama menggunakan perkataan tersebut mama fikir. Apa jadi malam tu setelah semua tetamu pulang?? Ok..tak semua, kawan mama (aunty faza & uncle epi) ade menyaksikan adegan tersebut. Jeng..jeng..jeng................

Qaseh dah mengamuk-ngamuk nak makan sendiri Big Apple yang Pak Teh belikan. Puas mama pujuk, meraung-raung nak makan sendiri.End up mama give up, bagi qaseh makan sendiri.Gambar takde pula dalam simpanan mama sekarang.Nanti mama upload kemudian ye untuk tatapan anak mama bila dah besar nanti.

Keesokan harinya qaseh masih dengan aksi yang sama, nak makan kek.langsung tak nak mama suapkan.End up mama mengalah...its ok, maybe u want to learn something new like "how to eat as others people". 




No comments :