Friday, May 9, 2014

Hari Lahir Qaseh Yang Pertama

05.04.2014 merupakan hari lahir qaseh yang pertama. Kalau qaseh nak tahu, satu tahun lepas qaseh dilahirkan pada jam 9.28 pagi alhamdulillah mama selamat melahirkan seorang puteri yang comel yang telah mama & papa putus kan sejak masih dalam kandungan lagi untuk menamakan puteri mama sebagai Qaseh Izz Zara. Untuk hari lahir qaseh yang pertama mama & papa dah decide nak buat makan-makan sedikit untuk buat anak mama happy. Mama faham qaseh sunyi kan sebab kat rumah babysitter pun qaseh seorang je.takde baby lain yang babysitter tu jaga. So, mama & papa decide untuk ajak family terdekat, ex ofismate mama, ofismate papa serta kenalan rapat mama & papa sahaja. So, yang mana kawan-kawan mama yang ada anak boleh la main ngan qaseh on that day.

mama & papa just buat simple-simple je. Niat hanya untuk gembirakan hati qaseh sempena hari lahir yang pertama ni. Semoga anak mama menjadi anak yang baik, sentiasa dirahmati Allah s.w.t.Amin.

Besday girl tido nyenyak sementara mama membuat dekorasi simple

 Besday girl selepas siap dimandikan..=)

Dekorasi hari lahir qaseh sebenar nya datang daripada idea cikmie. Cikmie yang beria nak tolong decorate kan untuk anak mama yang sorang ni. mama & papa ok aje. ada orang nak buatkan..So, dekorasi sempena hari lahir qaseh seperti dibawah ni semua cikmie buat tau.Nanti qaseh dah besar, qaseh boleh rujuk entry di blog mama ye. Papa tolong tiup belon. Mama tolong gantung belon je.








Untuk bahagian makanan pula, semua mama & papa sediakan sendiri kecuali roti jala (tempah), kek (tempah). Yang lain semua mama, papa & cikmie buat sama-sama sempena hari lahir qaseh tau. Bila dah besar nanti qaseh kena ingat pengorbanan orang-orang sekeliling qaseh tau..hihii..

Selamat Hari Lahir sayang mama. Semoga sentiasa menjadi anak yang baik dan disenangi semua orang.Doa mama sentiasa bersama anakanda dunia & akhirat.


 


















Antara hadiah yang sempat mama snap gambar nya sempena hari lahir qaseh yang dihadiahkan oleh uncle dan aunty semua.Semoga bila besar nanti qaseh sentiasa mendoakan kesejahteraan semua uncle-uncle dan aunty-aunty sekalian. Ada beberapa hadiah yang mama tak sempat snap.

















 On behalf of mama & papa, mama ucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir ke majlis kecil ini.Walaupun keadaan rumah smepit dan agak kurang selesa, semua yang dijemput hadir.Hanya beberapa orang yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.Terima kasih untuk doa serta ingatan sahabat semua buat anakanda mama. Semoga Allah s.w.t membalas jasa kalian. InsyaAllah.





No comments :