Friday, June 20, 2014

Tart Telur

Hari ni mama takde mood sangat. Masuk ofis pun banyak termenung je. Rindu kat mak ayah kat kampung. Terasa dah lama sangat mama tak balik kampung atas sebab kekangan kerja. Tak semua orang faham kerja mama macam mana. Orang yang kurang komitmen pada kerja mungkin cakap mama ni skema sebab takut nak cuti lama-lama. Ntah la, biarlah orang nak cakap ape pun, yang pasti mama memang jenis macam ni dari dulu lagi. Suka datang awal sejak dari zaman sekolah lagi.

Mood takde sangat, pukul 12 mama keluar, niat hati nak bungkus kan roti john untuk anak mama, malang nya elok je mama park kereta toleh kiri rupa-rupa nya kedai tutup.Sabar ajela. So, takde rezeki Qaseh hari ni, tapi hati mama still risau sebab dah janji ngan Qaseh nak belikan sesuatu bla jenguk lunch hour nanti. Mama teruskan jugak, sampai rumah pengasuh mama bukak pintu laju je Qaseh datang kat mama. Okei, sedih kejap..sebab selalunya mama mesti belikan something utk Qaseh.Hari ni takde, terpaksa mama pujuk.Syukur la anak mama memahami nya.

Peluk cium anak mama adalah sesuatu yang amat membahagiakan di kala hati mama merasa kurang enak. Suatu ketenangan yang luar biasa hebat dapat mama rasakan.Hilang semua masalah tengok semyuman mu. Mama pujuk Qaseh dengan susu! Bagi susu sambil sembang-sembang ngan Qaseh, suka mama bila Qaseh peluk mama tau. Lama-lama anak mama tertido sendiri. Sebab rasa bersalah tadi, mama tinggalkan sekejap Qaseh, jalan kaki panas-panas terik cmni untuk mencari sesuatu yang boleh buat hati Qaseh hepi.

Mama plan nak beli kfc favourite Qaseh. Malangnya orang beratur panjang sangat dan service kfc kat sini snagat la lembap okei. Mama buntu seketika. Ape nak beli ni. End up mama decide pergi kedai roti berdekatan yang ade desert-desert yang comel-comel. So, mama beli ini kat Qaseh..!!


Mama tau Qaseh tak suka telur sejak dari kecik lagi, tapi ini punTart Telur jugak! Mama sengaja beli nak tengok anak mama tertarik tak. Hehe..Oh ya..gambar tu mama google je, tadi tak sempat snap..mama beli yang dah bungkus dalam plastik comel. Beli jugak roti pizza yang saiz kecil. Elok je mama letak sebelah Qaseh tidur dengan harapan pengganti mama yang dah masuk opis. Semoga jangan nangis-nangis ye bila bangun tengok mama dah takde sebelah. Nanti pukul 5 mama balik okeyy...=)