Sunday, August 24, 2014

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger



Hai , entry kali ni merupakan entry penyertaan untuk satu contest yang dianjurkan oleh pihak Denaihati dan ditaja oleh 22 orang sahabat blogger yang sangat bermurah hati . Mereka berkongsi sedikit rezeki yang Allah berikan kepada mereka . Alhamdulillah , semoga dilimpahkan lagi rezeki mereka semua . Tangan yang memberi kan lebih baik dari yang menerima . Tak gitu ? Aku baru last week tahu tentang kewujudan contest ni , itu pun tahu melalui blogger Emi . Tengok dia pun join contest ni . Aku ni jarang nak join contest dekat blog dek kesibukan hidup sebagai seorang ibu yang bekerja . Siang kat ofis dipenuhi kerja , malam pulak melayan kerenah si anak tersayang . Nak update blog pun curi - curi time waktu terluang , saat si kecil dah lena . So masa sememangnya sedikit sebanyak menghalang aku untuk bergiat aktif dalam dunia blogging ni . Seperti yang aku kata tadi , aku ni jarang join contest kat blog . Tapi kalau aku dah join tu , maksudnya aku betul - betul berminat . Macam dulu aku pernah join contest tajaan Oceanlife dekat blog kak Filla . Masuk dua pusingan dan alhamdulillah aku menang tempat pertama . Nampak tak kat situ betapa aku memang berusaha kalau dah memang aku nak hadiah tu . Time tu aku memang in love sangat dengan product Ephyra tu . That's why aku usaha jugak untuk menang . Now untuk contest anjuran pihak Denaihati ni , hadiah dia lagi gempak , lagi memikat hati . 3 unit iPhone 5s untuk dimenangi . Memang tak la aku nak lepaskan peluang ni . Yela , nak beli sendiri iPhone , mana ada duit . Takkan nak mengada - ngada mintak dengan encik Hubby kot . Dia sendiri pun tak pakai iPhone . Hehe . Kalau menang , aku anggap ini rezeki anak aku .

Hadiah contest Cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati

Menurut pihak Denaihati , cabaran iPhone 5s ni ada beberapa peringkat dan di setiap peringkat , ada tugasan yang perlu di selesaikan . Now kiranya baru peringkat pertama la . CABARAN PERINGKAT PERTAMA . First of all , peserta kena buat entry bertajuk "iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger" . Ini bukan setakat blogger , orang lain pun ramai yang impikan untuk dapat iPhone 5s ni . Kandungan entry adalah bebas ikut kreativiti para peserta tapi mestilah ada backlinks ke blog Denaihati , entry tak kurang 300 patah perkataan , dan kena senaraikan semua blog pihak panaja berserta backlinks . Itu semestinya . Orang berbudi , kita berbahasa . Orang dah sudi menyumbang untuk hadiah , kita pun kena la balas kebaikan dorang dengan memberi sedikit pernghargaan kepada dorang . Tak gitu ? Hehe . Tarikh akhir untuk publish entry peringkat pertama ni adalah hari ni , paling lewat jam 11.59 pm . Fuhhh , nasib baik aku ingat nak buat entry ni . Hihi , kalau tak memang melepas . Wajib letak banner Denaihati kat mana-mana bahagian blog peserta .Yang ni dah beres ! Last but not least , jangan lupa tinggal link penyertaan dekat SINI .

gambar iphone 5s gold

Harap sangat boleh menang contest ni . Teringin sangat dah nak pakai iPhone . Oh ya , kat bawah ni senarai 22 pihak penaja untuk contest ni :




Terima kasih daun keladi . Doakan ada rezeki buat daku & anak , Qaseh Izz Zara .


Thursday, August 21, 2014

Big Girl Dont Cry

Aku dari dulu lagi memang tak suka kalau jumpa orang yang berlagak.Apatah lagi kalau orang tu perempuan.Hello, jangan ingat kau lama kau bagus.Mulut orang bercakap tentang kau.Itu beza G dan P. Rasa diri hebat sangat sampai tak mampu terima pendapat orang lain.

notakaki :- hidup ada masa kau di atas.ada masa di bawah. pandang ke depan.jangan hipokrit sangat sampai kau pandang orang lain.sebelah mata saja.

Wednesday, August 20, 2014

Wordless Wednesday

Mood kelaut. Buat macam order makanan kat kedai mamak aje kan.

Suasana Bekerja

Setelah 4 tahun bekerja di sektor swasta dan lebih kurang 8 bulan bekerja di sektor awam aku dapat rasa kan kerja di sektor awam seolah-olah tak masuk dengan jiwa. Huhu...aku tak tahu pandangan orang lain macam mana, but for me gov too many prosedur yang kena follow until satu tahap tu aku rasa prosedur itu menyusahkan hidup aku malah melambatkan sesuatu proses.

Hati ni terasa sangat-sangat nak keluar kembali kepada industri. I dont even like to be here. Bukan tidak bersyukur tapi aku tak boleh nk proceed sampai rasa ianya jejaskan prestasi kerja. En suami setuju je kalau aku keluar kembali beraksi di industri namun ada di kalangan rakan yang tidak setuju. Mintak fikir panjang.

Honestly aku tak biasa dengan suasana yang kiri kanan orang main game. Aku tak tahu bila masa they all buat kerja. Bila aku muka serius buat kerja org tegur ckp jangan la serius sangat. Ok. fine..aku tak nak attitude buat kerja bertangguh ada dalam diri aku.

Sejujurnya aku rindu old company.old environtment.Old frens. Here, aku kena jadi plastik..bila benda aku tak suka aku kena follow. Aku tak boleh jadi diri aku sendiri.

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi semua ini. Beri aku petunjuk.jalan mana yang harus aku lalui.