Sunday, August 24, 2014

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger



Hai , entry kali ni merupakan entry penyertaan untuk satu contest yang dianjurkan oleh pihak Denaihati dan ditaja oleh 22 orang sahabat blogger yang sangat bermurah hati . Mereka berkongsi sedikit rezeki yang Allah berikan kepada mereka . Alhamdulillah , semoga dilimpahkan lagi rezeki mereka semua . Tangan yang memberi kan lebih baik dari yang menerima . Tak gitu ? Aku baru last week tahu tentang kewujudan contest ni , itu pun tahu melalui blogger Emi . Tengok dia pun join contest ni . Aku ni jarang nak join contest dekat blog dek kesibukan hidup sebagai seorang ibu yang bekerja . Siang kat ofis dipenuhi kerja , malam pulak melayan kerenah si anak tersayang . Nak update blog pun curi - curi time waktu terluang , saat si kecil dah lena . So masa sememangnya sedikit sebanyak menghalang aku untuk bergiat aktif dalam dunia blogging ni . Seperti yang aku kata tadi , aku ni jarang join contest kat blog . Tapi kalau aku dah join tu , maksudnya aku betul - betul berminat . Macam dulu aku pernah join contest tajaan Oceanlife dekat blog kak Filla . Masuk dua pusingan dan alhamdulillah aku menang tempat pertama . Nampak tak kat situ betapa aku memang berusaha kalau dah memang aku nak hadiah tu . Time tu aku memang in love sangat dengan product Ephyra tu . That's why aku usaha jugak untuk menang . Now untuk contest anjuran pihak Denaihati ni , hadiah dia lagi gempak , lagi memikat hati . 3 unit iPhone 5s untuk dimenangi . Memang tak la aku nak lepaskan peluang ni . Yela , nak beli sendiri iPhone , mana ada duit . Takkan nak mengada - ngada mintak dengan encik Hubby kot . Dia sendiri pun tak pakai iPhone . Hehe . Kalau menang , aku anggap ini rezeki anak aku .

Hadiah contest Cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati

Menurut pihak Denaihati , cabaran iPhone 5s ni ada beberapa peringkat dan di setiap peringkat , ada tugasan yang perlu di selesaikan . Now kiranya baru peringkat pertama la . CABARAN PERINGKAT PERTAMA . First of all , peserta kena buat entry bertajuk "iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger" . Ini bukan setakat blogger , orang lain pun ramai yang impikan untuk dapat iPhone 5s ni . Kandungan entry adalah bebas ikut kreativiti para peserta tapi mestilah ada backlinks ke blog Denaihati , entry tak kurang 300 patah perkataan , dan kena senaraikan semua blog pihak panaja berserta backlinks . Itu semestinya . Orang berbudi , kita berbahasa . Orang dah sudi menyumbang untuk hadiah , kita pun kena la balas kebaikan dorang dengan memberi sedikit pernghargaan kepada dorang . Tak gitu ? Hehe . Tarikh akhir untuk publish entry peringkat pertama ni adalah hari ni , paling lewat jam 11.59 pm . Fuhhh , nasib baik aku ingat nak buat entry ni . Hihi , kalau tak memang melepas . Wajib letak banner Denaihati kat mana-mana bahagian blog peserta .Yang ni dah beres ! Last but not least , jangan lupa tinggal link penyertaan dekat SINI .

gambar iphone 5s gold

Harap sangat boleh menang contest ni . Teringin sangat dah nak pakai iPhone . Oh ya , kat bawah ni senarai 22 pihak penaja untuk contest ni :




Terima kasih daun keladi . Doakan ada rezeki buat daku & anak , Qaseh Izz Zara .


4 comments :

kamil salleh said...

Salam Mamai.... moga berjaya ke peringkat seterusnya .

Denaihati said...

billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

Yatie said...

Good luck awak :)
PG datang dari segmen yang sama :)

SyamilaMohd said...

tugasan kedua dah pun bermula..selamat berjaya...