Thursday, September 18, 2014

Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)

Sebelum aku decide nak buat entry ni aku dah fikir banyak kali. End up aku decide better aku share pengalaman aku dengan orang lain yang mungkin boleh dijadikan iktibar sesama kita especially kaum perempuan. Sejujurnya kulit aku jenis yang normal skin, takde masalah kulit dari zaman remaja, sampai la sekarang dah jadi wife orang, dah jadi mak orang pun. Sebelum ni aku guna produk local yang memang ok sangat-sangat.

Ntah macam mana satu hari terdetik dalam hati aku untuk fikir ke depan. Yela, cleanser yang aku guna ni jenis yang berbuih so sepanjang aku mengkaji cleanser yang berbuih ni tak elok sangat. So, datang la keinsafan dalam diri untuk cuba berubah ke arah yang lebih baik which is aku nekad nak try guna produk Mary Kay nih. So, aku pun cari la dekat instagram mana-mana Beauty Consultant yang jual produk ni. Sebelum tu meh aku tempek dulu muka aku SEBELUM guna Mary Kay.




Buat permulaan aku decide nak beli je Mary Kay tu.Yela semua orang tahu yang Mary Kay ni berasas kan tumbuh-tumbuhan. Tapi ditakdirkan aku jumpa Beauty Consultant (BC) yang boleh bagi sample dulu sebelum beli. So, aku agree la..why not kan. Cuba dulu sebelum beli. Dah sembang-sembang aku bgtau umur berapa dan kulit aku jenis yang normal. Aku tanya either aku should use botanical or what. BC tu cakap umur aku dah patut guna Timewise Set dah. Aku yang tidak tahu apa-apa mengenai kecantikan ni agree ajela kan.

Dipendekkan cerita bila sample set tu sampai, aku guna la. Yang aku guna hanya la Clenaser + Moisturiser sahaja dengan harapan ianya menakjubkan la hasilnya. Tapi padah yang aku dapat selepas 3 hari menggunakan nya boleh buat aku jadi gila...sila refer gambar kat bawah...



Abaikan muka herot itu sebab aku nak bagi nampak full gambar muka. Muka aku bengkak-bengkak sampai nampak macam gemuk. Jerawat ke ruam aku tak pasti tumbuh seluruh muka aku.Ditambah rasa gatal yang amat sangat. Sedih!! Aku terus stop guna Timewise ni dan sampai saat aku menulis sekarang ni pun muka aku masih belum recover. 



Paling aku kesalkan bila aku contact balik BC yang bagi smaple tu kat aku, dia just cakap SORRY. Kalau tak ok dalam seminggu sila jumpa doktor. Aku macam..what??? Muka aku dah rosak kau dah blah camtu, atleast sila la ada rasa tanggungjawab sikit kan.

Last-last aku contact BC lain tanya kenapa muka aku jadi camni. Then BC tu selidik-selidik pastu dia cakap patutnya BC yang asal bagi aku set Botanical F2 dulu sebelum Timewise untuk repair kulit dahulu. Hurmmm..kesilapan dah tak leh nak undur. Aku tak marah pun BC tu, cuma aku sedih. 

Siapa nak tolong aku pulihkan kulit ni?? Bila masuk ofis semua orang tanye kenapa muka. Nasihat aku kepada semua BC Mary Kay yang lain...please la ada rasa tanggungjawab sedikit. Aku tak cakap semua BC Mary Kay teruk, sesetengah je. Mungkin luck aku tak baik.

Again! Aku frust sebab aku mmg nak sangat guna Mary Kay ni tapi kecewa sebab tak di consult dengan baik. Malah diberi sample yang salah. K la, itu dulu. Later aku update status kulit muka aku. Ni dah 4 hari stop gunakan apa-apa produk still sama.

SEDIH!

Thursday, September 4, 2014

Her New Hijab

Semalam after balik kerja terus singgah themines semata-mata nak g halfest. Hoho, karnival yang paling best dan aku suka sebab boleh try makanan sebelum membeli. Niat di hati nak beli macam-macam tapi ape kan daya karnival tutup pukul 7.So, just round dlm masa 1 jam setengah je untuk semua booth.Frust okei. Weekend tak dapat g sebab nak balik kampung. Ada hal yang lebih penting. Just buy a hijab for little #qasehizzzara.

Kemain happy lagi dia tak nak bukak tudung ni. Before ni semua tudung besar je bila beli dan kena pin baru muat muka dia. So, bila jumpa yang ni..papa kata beli jela walaupun pada aku agak mahal. Ni yang rasa macam nak jahit tudung sendiri ni.hahaha.