Friday, November 7, 2014

Blogger Buat Duit Online



Apa tujuan korang menulis blog? Lain orang, lain alasan untuk berblog. Bergantung pada individu tu sendiri. Macam aku, tujuan awal aku berblog adalah sekadar coretan tentang hidup aku, dan cerita tentang anak kesayangan aku QIZ. Kalau boleh semua aku nak abadikan dalam blog ni, untuk tatapan masa akan datang. Tapi dari semasa ke semasa , aku lihat fungsi blog aku ni dah makin bertambah ikut keperluan semasa. Bukan sekadar tempat untuk aku coretkan cerita tentang pengarang jantung yang sorang tu aje. Bahkan aku siap boleh buat income dengan blog ni. Honestly ini bukanlah blog pertama aku. Dulu zaman-zaman belajar aku pernah ada blog. Atas sebab peribadi, aku dah tutup blog tu. Yang tinggal hanya blog ini sahaja.

Melalui pembacaan aku dari blog rakan-rakan blogger lain, aku makin dicelikkan dengan hakikat bahawasanya blogger mempunyai peluang yang cukup besar untuk menjana pendapatan melalui alam maya ni. Sikit-sikit aku mula belajar untuk praktikkan cara-cara buat duit secara online ni.


1. Pasang iklan dari syarikat pengiklanan

Cara ini merupakan cara buat duit yang paling famous dalam kalangan blogger. Boleh dikatakan hampir semua blogger yang aktif berblog akan pasang iklan dari syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Exabytes, AdSense, 8Share, ChurpChurp dan banyak lagi. Terpulang kepada diri sendiri la, nak pasang iklan yang mana satu. Untuk blog aku ni, aku pasang iklan Nuffnang je. Iklan ChurpChurp ada la jugak aku selit dalam entry sekali-sekala. Alhamdulillah, walaupun blog aku ni hanya blog picisan sahaja, tapi pihak Nuffnang masih bermurah hati kasi income dekat aku walaupun takde la banyak macam orang lain.


2. Berniaga

Aku merupakan dealer Ephyra yang sah. Selain promote Ephyra tu dekat Instagram & Facebook, aku juga manfaatkan blog ini untuk promote Ephyra sekali-sekala. Aku takde la nak asyik-asyik post entry promote bisnes je sebab risau jugak nanti readers naik fed up. Sometimes customer yang whatsapp aku untuk beli Ephyra ada mention yang dorang dapat  tahu melalui blog aku. See? Sangat efektif bukan? Oh ya, anak aku QIZ tu dah makin dewasa. Memandangkan dia satu-satunya anak kitorang, so dia agak dimewahkan dari segi pakaian, mainan, dan macam-macam la. Baju-baju dia tu banyak sangat sampai kadang-kadang ada yang baru pakai sekali tapi dah tak muat. Mainan dia pun dah banyak sangat sampai tak muat nak simpan kat rumah tu ha. So aku ingat later aku nak jual balik barang-barang dia yang conditionnya masih okay. Nak bagi ruang untuk baju-baju & mainan baru pulak. Hehe. Memang aku akan gunakan blog sebagai medium untuk jual barangan preloved QIZ tu.


3. Contest

Haaa...yang ni selalu ramai yang tak terfikir. Actually banyak sangat contest yang melibatkan para blogger. Banyak jugak contest yang menawarkan wang ringgit sebagai hadiah. Setakat ni aku pernah join satu contest [ Contest Kasih Ephyra ] , dan alhamdulillah aku menang tempat pertama yang menawarkan hadiah 6 kotak Trial Pack Ephyra dan wang tunai RM200. Sekarang pun aku tengah join satu contest yang turut menawarkan hadiah wang tunai disamping hadiah utama iPhone 5s. Cabaran iPhone 5s dianjurkan oleh pihak Denaihati. Moga-moga ada rezeki aku untuk menang. Haaaa, nampak tak betapa besarnya peluang blogger untuk buat duit secara online?


Selain daripada cara-cara yang aku nyatakan di atas, ada banyak lagi cara nak jana income secara online seperti buat review / entry berbayar, program affiliate, dan menyediakan tapak iklan di blog untuk disewa. Tapi setakat ni aku belum pernah cuba cara-cara tu lagi. Akan datang inshaAllah. Secara kesimpulannya memang banyak sangat cara yang seorang blogger boleh buat untuk jana duit secara online. Yang penting usaha dan jangan pernah putus asa. Kesungguhan tu yang penting. Sesetengah blogger buat blog sebab nak jana income macam blogger lain. Tapi bila rasa susah nak mencapai tahap seperti blogger yang dah otai, terus dorang give up dan abaikan blog tu. Itu namanya kurang kesungguhan dalam diri.


Moga-moga aku berjaya jadi salah sorang pemenang untuk contest iPhone 5s ni.


Penaja Utama
  1. http://amariman.com
Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip